Hotlink Lebuhraya



HOTLINE LEBUHRAYA BERTOL

2-3 minit masa kita, beberapa sen caj panggilan, MAMPU MENYELAMATKAN NYAWA

Sekiranya ternampak serpihan atau apa² yang boleh membahayakan pengguna jalanraya di atas lebuhraya, ini perkara yang boleh sama² kita lakukan, step yang sangat mudah. Tak perlu nak berhenti ambik gambar, cari kompas,email semua bagai.

1) Lihat di bahu jalan penanda kilometer

2) Kenali arah laluan. Contoh, highway Elite dari Shah Alam menuju Saujana Putra. 

3) Hubungi Careline pemilik laluan seperti senarai dibawah mengikut pemilik lebuhraya untuk membuat laporan dan mereka akan segera menghantar unit Peronda Lebuhraya. (Rata² panggilan hanya mengambil masa 2-3 minit sahaja)

Sangat simple. Contohnya:
Hello, saya nak laporkan ada serpihan tayar pecah di highway Elite, Kilometer 28 hala dari Shah Alam menghala Saujana Putra. Lane kanan sekali.

Hah, itu pun dah cukup utk mereka hantar unit Peronda A.S.A.P.

Berikut adalah senarai talian hotline lebuhraya yang ada di malaysia. Boleh tambah di ruangan komen untuk lebuhraya di kawasan lain.

Lebuhraya jalan pintasan selat klang utara baru (NNKSB)
- 03-3345033

Lebuhraya duta - ulu klang (Duke)
- 03-62513100

Lebuhraya shah alam - kuang (GCE)
- 1-30088-0035

Lebuhraya sungai besi (Besraya)
- 1-80088-0999

Lebuhraya baru pantai (NPE)
- 1-300-88-1010

Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
- 03-74947333

Lebuhraya bertingkat ampang-kuala lumpur (AKLEH)
- 1-300-88-1012

Lebuhraya kemuning - shah alam (LKSA)
- 1-300-88-2801

Lebuhraya skim penyuraian trafik lingkaran kajang (SILK)
- 03-89210123

Lebuhraya kuala lumpur - seremban (LKS)
- 03-91732020

System pengurusan air banjir  dan terowong (SMART)
- 1-300-88-7188

Lebuhraya kajang - seremban (LEKAS)
-1-800-888-021

Lebuhraya skim penyuraian trafik kuala lumpur barat (SPRINT)
- 03-74947376

Lebuhraya kuala lumpur - kuala selangor (LATAR)
- 03-61451515

Lebuhraya lembah klang selatan (SKVE)
- 1-300-88-0026

Lebuhraya shah alam (kesas)
- 03-56337188

Lebuhraya utara selatan hubungan tengah (elite)
- 1-800-88-0000

Lebuhraya cheras kajang (grand saga)
-03-90750505

Lebuhraya kuala lumpur - karak (KLK)
- 03-91732020

Lebuhraya kuala lumpur - putrajaya (MEX)
- 03-83159111

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pomen /Towing /Tyreman

SENARAI TOWING/CARCARRIER/WORKSHOP & TAYARMAN

Senarai Nombor Telefon Mekanik