Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

Allah menjadikan bos kita sebagai asbab untuk kita mencari rezeki

Imej
Kita mesej bos sebab nak pinjam duit, Tapi tiada jawapan Kali kedua terus call, lalu panggilan pun di jawab. Mula lah kita bertanya nak pinjam duit sebab nak beli barang dapur. Lalu bos pun menjawab dengan nada yang agak sedih. Sebenarnya bukan saya tak bagi pinjam, tapi dengan keadaan sekarang, saya juga mengalami kerugian, banyak job yang sangkut, banyak lori yang parking, dan hingga kini saya belum dapat apa-apa payment lagi. Allahu ... Ramai orang sebenarnya tak tahu dan tak mau ambil tahu Orang berniaga ni susah. Siang dan malam nya fikir pasal bisnes Tidur dan bangunnya bermimpikan pasal bisnes. Ramai orang nampak, orang bisnes ni senang Jadi bos boleh pi minum sini pi minum sana. Tapi sebenarnya dalam hati siapa yang tahu. Kalau salah sendiri, sendiri tanggung Salah pekerja pun kena tanggung Jadi bos salah urus bisnes pun kena tanggung. Jadi bos kena faham hati pekerja Jadi bos kena jaga hati pelanggan Tapi siapa yang nak jaga hati bos. ...

Luahan Hati Pemandu Lori Sebelum dan selepas Covid-19

Imej
Gambar : Nuwien Sofea Bekerja sebagai pemandu lori adalah suatu pekerjaan yang sukar dan sangat berisiko. Sebelum adanya penyakit coronavirus, pemandu lori adalah satu pekerjaan yang banyak mendapat caci maki ataupun hinaan dari masyarakat. Hanya segilintir sahaja yang memberi sokongan dan lainnya memaki bahkan menghina, tentunya adalah meraka yang tidak memahami pekerjaan ini. Berikut adalah perkongsian dari seorang pengguna facebook yang juga merupakan seorang ibu tunggal bekerja sebagai pemandu lori wanita yang terpaksa bertarung nyawa mencari rezeki untuk keperluan anaknya. SUATU KETIKA DAHULU; Kami la yg dikutuk oleh ramai orang,  Kami la yg dicercah oleh org setempat, Kami la yg dianggap pembunuh di lebuhraya, Kami la yg dianggap penjenayah jalanan... PADA SAAT INI; kalian semua sedang rehat bersama keluarga tapi Kami tetap dgn tugas yg dipertanggungjawabkan, Kami tetap berkeliaran atas kebenaran yg kami diberikan, Kami tetap bersengkang mata tanpa men...

CORONA VIRUS TANDA AKHIR ZAMAN

Imej
TANDA KIAMAT: WABAK PANDEMIK. Lebih kurang 2 jam yang lalu, badan antarabangsa, World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkan Coronavirus sebagai wabak pandemik. Pandemik diambil dari istilah Yunani. Pan bermaksud semua & Demos bermaksud orang.  Pandemik adalah peringkat wabak yang kritikal & paling berisiko ke atas semua orang. Bermaksud ia merupakan wabak yang tidak terkawal & merebak antara negara. Bahkan ia berpotensi tersebar ke serata dunia. ⚫ Ingatan Nabi. Baginda telah mengingatkan kita, antara gejala diambang berlakunya kiamat adalah kematian besar-besaran yang berpunca dari penyakit merebak. ثُمَّ مُوتَانٌ يَأْخُذُ فِيكُمْ كَقُعَاصِ الغَنَمِ "Kemudian berlakunya kematian besar-besaran yang membinasakan kamu semua seperti matinya kambing" - hr Bukhari. Ibnu Faris menyatakan ia adalah penyakit yang menyerang dada hingga dirasakan seperti hingga mematahkan tulang leher. Adapun Qadhi Abu 'Iyadh menjelaskan ia adalah penyakit taun yang...

AMALKAN MEMANDU SAMBIL MENGINGATI DOSA-DOSA YANG PERNAH KITA LAKUKAN DULU (Istighfar)

Imej
Sambil memandu, berzikir lah. Sambil memandu, ingatlah dosa-dosa yang pernah anda lakukan. Tak rugi pun, sebab itu adalah untuk kebaikan kita juga Apabila dilihat makna di sebalik ungkapan ISTIGHFAR,  “Aku memohon keampunan dari Allah swt.” ; dapat dilihat bahawa ungkapan ini adalah suatu lafaz bertaubat dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Jelas sekali bahawa lafaz yang sangat pendek ini amat besar nilainya di sisi Allah swt iaitu sama besarnya dengan taubat seperti dalam firmanNya: "> Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Surah An-Nasr: 3) Berikut adalah 11 kelebihan orang yang selalu beristighfar #1 – Diampunkan Dosa-Dosanya oleh Allah swt Kita adalah seorang hamba yang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan jauh sekali dari kesempurnaan. Kelemahan diri dalam melawan hawa nafsu menyebabkan kita sering jatuh tersungku...

IKUTI KISAH WANITA HEBAT HIDAYU SABARAN LADY TRUCKER

Imej
Hidayu Sabaran adalah seorang wanita yang bekerja sebagai pemandu lori kontena. Dikenali sebagai Kak Ayu @ Kak Yong. Beliau menjejaki ayahnya yang juga seorang pemandu lori. Begitu banyak cabaran yang beliau hadapi selama bergelar Lady Trucker . Mari ikuti kisahnya Tekan pautan di bawah untuk melihat video 1.  WANITA HEBAT HIDAYU SABARAN LADY TRUCKER 2.  SEDIKIT PERKONGSIAN KISAH SEBAGAI PEMANDU LORI WANITA 3.  HIDAYU SABARAN BERMINAT UNTUK MENJADI SEORANG PEMANDU BAS 4.  WANITA CANTIK SANGGUP BERGELAR LADY TRUCKER Seperti yang kita sedia maklum, amat jarang sekali wanita bekerja sebagai pemandu lori. Tetapi atas sifat ikhlas dan sabar, beliau mampu menghadapi semua liku-liku kehidupan bekerja sebagai pemandu lori. Nukilan : Ainal Julung

BERFIKIR DAHULU SEBELUM MEMOTONG

Imej
Seperti yang kita tahu ada banyak titik buta bagi pemandu lori. Walaupun dah ramai yang tahu tetapi ada sahaja penunggang motorsikal yang suka menyelit walaupun jalan yang di lalui terlalu sempit dan tidak sesuai untuk penunggang motorsikal terus memotong. Video yang dirakam pada 10 Mac 2020 oleh seorang pemandu lori yang bernama Amirul telah mendapat respon dari netizen. Ada segilintir yang membela pemandu-pemandu lori dan ada juga yang terus mengecam sehingga ada yang mengongsi video tersebut dengan perkataan yang tak elok Untuk melihat video boleh tekan pautan ini BAHAYA MOTOR MENCILOK Ada sebahagian netizen yang membela pemandu-pemandu lori seperti komen ini Ada segilintir yang memberi nasihat agar memberi ruang kepada pengguna jalan yang lain Video ini dirakam ketika jalan jem di Lebuhraya Pulau Indah menuju ke Shah Alam. Seperti yang kita tahu, jalan tersebut terlalu sempit jika ada dua lori di lane kanan dan kiri dan tidak sesuai untuk kendera...

LAGU-LAGU ABANG LORI BOLEH DENGARKANNYA DI SINI

Imej
Lagu Abang Lori 1. Harry Khalifah - Abang Lori Tenonenonet 2. Kajol Marey - Hakak Lori 3. Pakcu Aril ft Bro Zookey Ali - Rap Abang Lori 4. Sam Trucker ft Bro Zookey Ali - Abang Lori Itu Aku 5. Ainal Julung ft Rina - Aku Pergi Berjuang 6. Ainal Julung ft Rina - Aku Pasti Pulang 7. Ainal Julung - Penggerak Ekonomi 8. Ainal Julung - Jaga-jaga 5 waktu versi Pemandu 9. Ainal Julung - Jiwa Abang Lori 10. Asyraf Naim - Kehidupan Pemandu Lori 11. Asyraf Naim - Abang Driver Lori

Apa yang harus kita lakukan seandainya brek terus mencengkam?

Imej
Untuk pengetahuan anda, ini bukan lampu seperti yang biasa kita tengok di I-City tu. Ini adalah besi panas disebabkan tayar brek jem Mari kita berkongsi apakah tindakan yang harus kita lakukan seandainya terjadi begini Apakah yang perlu dibuat... 1. Berhentikan kenderaan di tempat yang selamat 2. Tarik brek tangan 3. Pasang penyendal di tayar untuk mengelak kenderaan berjalan dengan sendirinya lalu lepaskan brek tangan 4.. Jangan di siram air kerana boleh mengakibatkan cakera piring brek (discbrek) akan retak. 5. Tunggu sehingga lampu starwash di brek tu terpadam dan tayar menjadi sejuk semula baru boleh sambung perjalanan Jika anda terlihat kejadian seperti ini tolong maklumkan pada pemandu kerana ada di antara mereka yang tidak menyedari kejadian seperti ini. Seandainya pemandu tidak menyedari, boleh mengakibatkan brek gagal berfungsi ataupun kenderaan terbakar. Sekian tips dari saya, sama-sama kita belajar Tulisan : Ainal Julung

MAKSIAT DI KERUSI BELAKANG BAS

Imej
Baru-baru ini tular sebuah video tentang pasangan melakukan perbuatan tidak senonoh di kerusi belakang bas Video dirakam sendiri oleh co-pilot yang sedang berada di tempat tidur pemandu di belakang bas Video berdurasi 0.58 saat itu dilihat pasangan berkenaan sedang berpelukan, wanita memegang telefon dan pasangannya seperti sedang meraba sesuatu. Tidak dapat dikenal pasti berada di dalam bas apa ataupun lokasi tempat kejadian. Dan pasangan ini sama ada sudah berkahwin ataupun belum.  Apa yang dilihat dari video ini tidak wajar jika ia berlaku di tempat awam. Bas bagaikan periuk nasi untuk pemandu bas. Janganlah simpan kotoran di dalam periuk nasi orang. Semoga video ini menjadi pengajaran untuk pasangan tersebut dan membuka mata pada penumpang-penumpang bas. Tulisan : Ainal Julung