BERFIKIR DAHULU SEBELUM MEMOTONG
Seperti yang kita tahu ada banyak titik buta bagi pemandu lori. Walaupun dah ramai yang tahu tetapi ada sahaja penunggang motorsikal yang suka menyelit walaupun jalan yang di lalui terlalu sempit dan tidak sesuai untuk penunggang motorsikal terus memotong.
Video yang dirakam pada 10 Mac 2020 oleh seorang pemandu lori yang bernama Amirul telah mendapat respon dari netizen. Ada segilintir yang membela pemandu-pemandu lori dan ada juga yang terus mengecam sehingga ada yang mengongsi video tersebut dengan perkataan yang tak elok
Untuk melihat video boleh tekan pautan ini
Ada sebahagian netizen yang membela pemandu-pemandu lori seperti komen ini
Ada segilintir yang memberi nasihat agar memberi ruang kepada pengguna jalan yang lain
Video ini dirakam ketika jalan jem di Lebuhraya Pulau Indah menuju ke Shah Alam. Seperti yang kita tahu, jalan tersebut terlalu sempit jika ada dua lori di lane kanan dan kiri dan tidak sesuai untuk kenderaan lain memotong.
Kepada pengguna jalan, ketika berada di atas jalan diharap anda beri tolak ansur agar memudahkan perjalanan sesama kita.
Video yang dirakam menujukkan dua lori di lane kanan dan kiri tidaklah salah di sisi undang-undang kerana di jalan tersebut tidak ada papan tanda yang mengatakan kenderaan berat dilarang memotong, lagipun jalan yang dilalui bukanlah jalan yang berbukit. Tetapi sebagai pemandu kenderaan berat semestinya ada sifat tolak ansur untuk kenderaan yang lebih kecil. Jika kedua-dua jalan dilalui oleh kenderaan berat bagaimana kenderaan yang lebih kecil ingin memotong? Kepada kenderaan kecil jika kejadian seperti ini berlaku, seharusnya anda juga memainkan peranan, anda masuk lane kanan dan kenderaan besar masuk lane kiri. Simple kan.. Dengan cara ini dapat memberi sedikit ruang untuk penunggang motorsikal memotong.
Kena ada tolak ansur barulah hidup harmoni.
Nukilan : Ainal Julung
Ulasan
Catat Ulasan