Apa yang harus kita lakukan seandainya brek terus mencengkam?
Untuk pengetahuan anda, ini bukan lampu seperti yang biasa kita tengok di I-City tu. Ini adalah besi panas disebabkan tayar brek jem
Mari kita berkongsi apakah tindakan yang harus kita lakukan seandainya terjadi begini
Apakah yang perlu dibuat...
1. Berhentikan kenderaan di tempat yang selamat
2. Tarik brek tangan
3. Pasang penyendal di tayar untuk mengelak kenderaan berjalan dengan sendirinya lalu lepaskan brek tangan
4.. Jangan di siram air kerana boleh mengakibatkan cakera piring brek (discbrek) akan retak.
5. Tunggu sehingga lampu starwash di brek tu terpadam dan tayar menjadi sejuk semula baru boleh sambung perjalanan
Jika anda terlihat kejadian seperti ini tolong maklumkan pada pemandu kerana ada di antara mereka yang tidak menyedari kejadian seperti ini. Seandainya pemandu tidak menyedari, boleh mengakibatkan brek gagal berfungsi ataupun kenderaan terbakar. Sekian tips dari saya, sama-sama kita belajar
Tulisan : Ainal Julung
Ulasan
Catat Ulasan