Luahan Hati Pemandu Lori Sebelum dan selepas Covid-19
Gambar : Nuwien Sofea
Bekerja sebagai pemandu lori adalah suatu pekerjaan yang sukar dan sangat berisiko. Sebelum adanya penyakit coronavirus, pemandu lori adalah satu pekerjaan yang banyak mendapat caci maki ataupun hinaan dari masyarakat. Hanya segilintir sahaja yang memberi sokongan dan lainnya memaki bahkan menghina, tentunya adalah meraka yang tidak memahami pekerjaan ini.
Berikut adalah perkongsian dari seorang pengguna facebook yang juga merupakan seorang ibu tunggal bekerja sebagai pemandu lori wanita yang terpaksa bertarung nyawa mencari rezeki untuk keperluan anaknya.
SUATU KETIKA DAHULU;
Kami la yg dikutuk oleh ramai orang,
Kami la yg dicercah oleh org setempat,
Kami la yg dianggap pembunuh di lebuhraya,
Kami la yg dianggap penjenayah jalanan...
PADA SAAT INI;
kalian semua sedang rehat bersama keluarga tapi
Kami tetap dgn tugas yg dipertanggungjawabkan,
Kami tetap berkeliaran atas kebenaran yg kami diberikan,
Kami tetap bersengkang mata tanpa mengira penat lelah,
Kami tetap menghantar barangan keperluan harian anda,
PADA KEESOKAN HARINYA;
Kami sentiasa bersiap atas kerjaya kami kerana kami tahu,pada masa inilah kalian semua memerlukan khidmat dan bakti kami,kami tahu,seburuk buruk mana kami pada pandangan kalian,kalian tetap memerlukan kami,ketahuilah,walaupun kerjaya kami tidak kalian pandang mulia namun,hati kami tetap cekal mengharunginya
SIAPA KAMI;
Kamilah PEMANDU LORI yg selama ini dikeji,
Kamilah PEMANDU LORI yg selama INI dipandang hina,
Kamilah PEMANDU LORI yg selama ini disumpah kutuk,
Kamilah PEMANDU LORI yg selama ini bersiap sedia utk kalian..
Kamillah PEMANDU LORI yg selama ini berjiwa kental tanpa kalian ketahui
#GaleriLoriBas
Ulasan
Catat Ulasan